Thursday 20 November 2014

Idola dalam bisnes

Assalamualaikum.


Kenalkah anda dengan muslimah di dalam gambar di atas? Beliau ialah pengasas Floral Mask daripada Dian Pixy Enterprise. AS baru kenal sis ni semalam masa stalking instagram dan terjumpa ig beliau. Masih ingat lagi semalam, sebelum tidur, AS ingat nak godek godek check instagram kot kot dah tak ada apa apa nak tidur dah. Nak dijadikan cerita, AS jumpa instagram sis ni. Rupa-rupanya beliau ialah pengasas kepada Floral Mask dan Dian'z Vitamin, produk yang AS jual dan ambil stok daripada seorang stokis ni. Kiranya AS ni dropship la tapi AS tak pegang stok tau. AS just ambil order je.

Scroll punya scroll sampai ke post lama lama sis dian ni (wahh nama dian'z vitamin tu diinspirasikan daripada nama beliau sendiri tau, Nurul Diana), AS dapat tengok kehidupan sis dian sebelum produk Floral Mask ni mendapat tempat di pasaran. Memang beliau down habis sebab stok tak laku. Nak habiskan satu satu stok dalam satu masa punye la payah, pulak tu ambil masa yang lama. Masa beliau hantar sample ni ke kilang, beliau tengah mengandungkan anak yang pertama. Berapa kali haa kilang bagi sample beliau tak puas hati sebab nakkan kualiti yang terbaik untuk pelanggan. Bila dah menjadi, stok kurang laris. Nasib baik ada suami dan keluarga di sisi yang tak putus memberi semangat dan dorongan.

Kemudian, bila produk Floral Mask ni dah mula digemari umum, beliau menghadapi kepayahan untuk handle stok banyak banyak. Ye la almaklumlah first time, mesti gentar tu ada jugak ye takk. Asah punya asah punya asah, beliau dah mahir dah. Sekarang ni beliau punya kejayaan, dalam masa 6 hari, mampu buat sale sebanyak lima ribu. Wheww memang master dah leni. Sekarang ni beliau dah ada lebih seribu stokis yang menjual dan mengedarkan produk Floral Mask dan Dian'z Vitamin di seluruh negera dan AS salah satu dropshipnya. Dan sekarang ni sis dian dah jadi jutawan pada usia muda dah pun. Wuu totally my idole ^^

 


Serius AS tak tahu sebelum ni yang beliau ialah pengasas kepada Floral Mask. Sebelum ni main belasah je jual produk tu pada orang ramai. Tak ambil kisah pun. Tapi sekarang ni tetibe plak rasa macam nak ambil tahu semua benda. Tapi benda yang umum je la, tak de la sibuk nak tahu peti sejuk jiran sebelah ada apa kan. Semua kepayahan yang dilalui oleh sis dian buat AS rasa bersemangat dan bermotivasi tiba tiba. Tiba tiba je semangat tu muncul dalam diri sendiri, mungkin dah sampai masanya untuk AS tanamkan azam dalam diri untuk cuba sesuatu yang baru untuk berjaya. Insya Allah dimulakan dengan bisnes produk ni ya.

Bagi sesiapa yang menginginkan untuk mencuba produk ni boleh komen ya. Jom rasai sendiri keajaiban Floral Mask, mask berwarna ungu yang mempunyai haruman lavender yang pertama di Malaysia dan Dian'z Vitamin iaitu vitamin yang dicipta khusus untuk penjagaan kulit khususnya untuk memutihkan kulit.

Dan satu lagi, sebelum sis dian jual barangan yang beliau ciptakan tu, beliau akan test pada diri sendiri dulu. Setelah berkesan, baru la beliau jual. Kan bagus camtu kan. Ni nak kasi spoiler sikit, beliau ada produk baru untuk dipasarkan, sekarang masih dalam test produk dulu. So tunggu dulu ya.

SEKARANG KITA BUAT PROMOSI !!!

Floral Mask RM 39.90 FREE POSTAGE to SM / SS +6

Dian'z Vitamin RM 76 FREE POSTAGE to SM / SS +6

p/s : pic credit to sis dian

p/p/s : nak order boleh ke sini


Sunday 9 November 2014

Ayuh bangkit Lee Chong Wei

Assalamualaikum.

from malaysianinsider

Mesti anda semua dah tahu isu yang menggemparkan peminat sukan negara malahan dunia akibat skandal doping Datuk Lee Chong Wei, pemain nombor satu dunia. Misteri mengenai keputusan sampel B Datuk Lee Chong Wei akhirnya terungkai apabila disahkan positif mengandungi bahan terlarang dexamethasone. Lee Chong Wei menyaksikan sendiri prosedur analisis ujian ke atas sampel B miliknya di Hospital Universiti Oslo, Norway. Berita yang menggemparkan seluruh rakyat Malaysia ini turut menimbulkan kesedihan dan rasa terkilan dalam hati pemain terkenal ini sendiri kerana beliau bersungguh sungguh menafikan bahawa beliau tidak mengambil bahan terlarang tersebut.

Buat masa sekarang ini, ikon badminton nombor satu dunia itu digantung sementara daripada menyertai sebarang kejohanan antarabangsa sekurang-kurangnya sehingga keputusan Panel Pendengaran Persekutuan Badminton Dunia (BWF) diketahui kelak. Berita ini pastinya menimbulkan rasa terkilan dalam hati Lee Chong Wei kerana imejnya mungkin terjejas di mata dunia meskipun beliau menafikan pengambilan bahan terlarang itu. 

Namun apa yang AS pasti, pendedahan nama atlet yang terlibat ini memang menjejaskan nama Lee Chong Wei sendiri dan akan menjatuhkan semangat beliau. Menurut sumber, BWF mahupun ahli persatuan di bawahnya tidak boleh mendedahkan nama atlet terbabit yang didakwa melakukan kesalahan itu sehingga dibuktikan menerusi majlis pendengaran. Pendedahan namanya kepada pihak umum sedikit sebanyak akan merencatkan semangat beliau. Harap beliau dapat kuatkan semangat demi anak dan isteri tercinta.

Di samping itu, Lee Chong Wei yang melarikan diri daripada pihak media daripada mengulas isu ini sebaik sahaja selesai melakukan proses analisis di Norway telah meluahkan rasa hatinya kepada blogger sukan, Satwant Singh Dhaliwal di ssdhaliwal.blogspot.com pada Sabtu lalu. AS rasa memang tak patut la kalau rakyat dan orang umum buat spekulasi macam tu je tentang kes ni. Sekurang-kurangnya dengar la dulu apa yang Chong Wei cuba nak cakap. Dan percayakan apa yang beliau cakap. Beliau dah buat macam untuk naikkan nama Malaysia ke persada dunia dalam bidang sukan. Lepas tu, bila beliau mengalami kepayahan macam ni takkan nak terus kutuk je.


"Saya melihat segala usaha sepanjang 15 tahun seperti tidak bermakna ketika ini. Saya terasa kehidupan saya seperti sudah musnah dan tidak tahu apa yang mahu dilakukan. Saya tak pernah menipu atau pun membuat percubaan untuk menipu dan ini seperti panahan petir....membinasakan kerja keras saya selama ini. Saya adalah seorang yang mempercayai kepada usaha gigih dan kesungguhan untuk mencapai kejayaan dan dakwaan seperti ini membuat saya buntu dan terperanjat."

Kalau tak mampu bersorak ketika kalah, jangan bersorak ketika menang. Eh tetibe je ...

Saturday 8 November 2014

1st Segmen: Blogwalking bersama-sama by Khairunnisa Hassan

Assalamualaikum.


Ayuh semua kita bersegmen kali ni dengan cara blogwalking ke blog peserta lain. Dah lama AS tak join segmen hehe. Ni tak lain tak bukan nak tambah blog views dan cari kenalan baru. 

* Bagi peserta yang sudi blogwalking ke blog AS boleh request nak exchange follow blog atau klik banner nuffnang or lazada okei. Insya Allah AS layankan hehe. Tapi exchange like or follow acc media sosial tak ye kbye

Friday 7 November 2014

Blogger Buat Duit Online

Assalamualaikum.


Alhamdulillah AS berjaya tersenarai dalam senarai top 70 para peserta yang berjaya melayakkan diri ke cabaran terakhir iphone 5s. Dan pada 31 Oktober baru baru ni team denaihati telah pun update entri mengenai cabaran terakhir iphone 5s. Syukur cabaran yang terakhir ni tak melibatkan SEO sebab AS memang tak mahir bab bab SEO ni. Aishh nampaknya kena belajar dengan blogger profesional ni, tak pun rembat Teknik SEO Merah Jambu je ye takk. Dengar cerita teramatlah berbaloi.

So, kami para peserta diwajibkan untuk membuat satu entri mengenai Blogger Buat Duit Online. AS memang tak pandai nak ulas tentang ni, tapi biar AS cuba dulu ye. Tak macho la kalau mengalah sebelum berjuang kan kawan kawan.

Mengenai buat duit online ni, perkara yang AS fikirkan dulu of course la Nuffnang. Sebab di awal penyertaan AS dalam dunia blogging ni, AS dah sedia maklum yang Nuffnang ni taja blog bloggers. Selepas AS dah mula buat blog, AS pun terfikir nak tepek banner Nuffnang dalam blog hehe okay la tu naik satu sen satu sen haha.

Antara platform yang digunakan dalam kalangan bloggers untuk menjana pendapatan sampingan termasuklah :



Want to meet like-minded people and connect with them?

With Nuffnang, you can achieve that and so much more. We provide you with access to exclusive events just for bloggers such as themed parties, blockbuster premieres and product launches. Bloggers also receive special opportunities to review new products and services as well as chances to win cool prizes from our (very frequent!) community contests. Get involved and earn, simply by expressing yourself on your blog.

Dah lama dulu AS ada baca blog blogger Fatin Liyana. AS memang minat sangat baca blog akak FL ni, dah baca sejak zaman FL belajar medic kat Indonesia lagi. Lepas tu ada la satu entry yang kak Fatin Liyana hupdate ni, beliau taja percutian bersama keluarga ke Hong Kong menggunakan income yang diperolehinya dari Nuffnang (beliau tak mention dalam entri ni). Ehem ehem tau tau je la berapa kosnya untuk bercuti kat luar negara, pulak tu guna income Nuffnang je. Aishh teramatlah berbaloi sangat beliau join Nuffnang ni ditambah pulak blog views beliau yang meletopp. 



Here at ChurpChurp, members can get cash rewards for sharing brand messages, discover what people are reading or watching on the Internet, and be part of an awesome community and meet like-minded friends.

Dengan ChurpChurp, ni korang dikehendaki berkokok (ok tak lawak -_-). Haa tengok tu kat front page web churpchurp ni. Discover, Share & Get Rewarded. All you need is just share and you will get rewarded for what you've been shared. You will get RM0.20 per click wahh imagine 20++ clicks and how much you will get grrr

3. 8Share


Our Community

We have a community of over 450,000 social media users across Malaysia. 8Share members who share 8Share Specials on their social networks are rewarded for every unique visit they receive. Since 2010, the 8Share community has cashed out a total of RM2.3 million¹.
'As of August 2013.

What is 8Share?

8Share is a private rewards club for social media users who like getting free stuff, earning extra cash every month, and being the first to introduce something new.
Who can join 8Share?

Anyone who loves sharing cool stuff with their friends via social media! 8Share is now in Malaysia, Philippines and Indonesia. Join now.
How do I get rewarded on 8Share?

Get paid in cash for sharing Specials. Get paid when you invite your friends too. Earn Bonus Points (BP) for being an active 8Share members. We also like running cool contests for you to win all sorts of gadgets and prizes.

Haa 8Share ni sama je macam ChurpChurp, dia menggunakan link untuk share. Boleh juga automatik share link via social media. Senang je, klik pada button yang dah disediakan and then lepas tu sedia untuk menerima earnings yang banyakkk

4. Lazada


Why choose the LAZADA Affiliate Program?

Below are some of the benefits that we offer:
Sign-up for free!
Tiered commissions from 3 to 5% to reward top affiliates
30 days cookie and all valid transactions approved within 30 days
Wide range of banner selection, automatically update product feed and eye-catching creative
Custom creatives and newsletter templates upon request
Exclusive voucher code upon request
High conversion rate, above-average basket size and low cancellation rate
Quick and personal support from the LAZADA Affiliate Team

Haa Lazada ni merupakan platform cari duit online yang baru je AS ceburi. Tu pun tau melalui blogwalking ke blog bro Hasrul Hassan. Banyak jugak komisen yang dapat oleh beliau bila ada orang beli online kat lazada menggunakan link dorang. Lazada siap prepare banner tau untuk program affiliate dorang. Lagi la memudahkan urusan korang nak promote pada orang ramai. Insya Allah bro ni idola aku dalam target untuk berjaya dapat income dari lazada hehe.

So bagi korang yang berniat nak tambah pendapatan sampingan boleh la cuba kesemua yang AS cuba senaraikan ni. 


Cabaran Iphone 5s oleh Denaihati

Penaja Utama
  1. http://amariman.com
Penaja Individu
  1. http://www.ombakcreatives.com
  2. http://ejamothman.com
  3. http://www.eridy.com
  4. http://www.hilalazmi.com
  5. http://www.eizil.com
  6. http://www.asamboi.my
  7. http://www.diarymama.com
  8. http://pendekarberkuda.org
  9. http://www.saji.my
  10. http://abangensem.com
  11. http://www.enveeus.com
  12. http://www.pakarniaga.com
  13. http://anarm.net
  14. http://www.daddydee.net
  15. http://www.sunshinekelly.com
  16. http://sweetkurma.com
  17. http://awn.my
  18. http://mawarmerah2008.com
  19. http://www.blogieta.com
  20. http://www.broframestone.com
  21. http://www.akmaomar.com
  22. http://khairilmazri.com
  23. http://wowberita.org/
  24. Japan Budget Trip