Tuesday 1 January 2013

Two Zero One Three

Assalamualaikum.


Alhamdulillah bangun pagi tadi tengok phone dah 01 01 2013 dah pon. Goodbye 2012. *Joget lagu Goodbye Baby Goodbye* ㅋㅋㅋㅋ STOP IT! 

Hmm sepanjang tahun 2012 nie dah banyak kenangan pahit mahupun manis yang aku dah lalui. Antaranya, ambil SPM maybe? Hohoho, nak tunggu result nie berdebar debar la plak. Hahaha tapi aku rasa tahun 2012 nie best sebab tahun tu aku start fangirling kat twitter. #TeamKpoppers punye pasal. Tapi serious daebak layan dorang. Fangirling all the time. Memang best!


Dah masuk 2013 nie tetibe rasa berdebar debar plak. Ke mana pula hala tuju diriku lepas SPM nie. Selama nie duduk berkepit bawah ketiak mak je. Lepas nie, duduk berjauhan dengan keluarga maybe? Hahaha I don't know.

Aku harap tahun 2013 nie akan membawa keberkatan kepada aku dan keluarga. Semoga hidup kami diberkati oleh Allah SWT. Aku nak jadi anak yang solehah kepada ibu dan bapa. Aku nak buktikan pada mereka yang aku mampu lakukan sesuatu yang berharga dalam hidup mereka. Permudahkanlah urusanku Ya Allah. AMIN YA RABBAL ALAMIN.

Harapan lain untuk tahun baru nie aku nak belajar bersungguh sungguh. And then nak sambung pelajaran kat luar negara. Kalau boleh Korea. Insya-Allah. Ya Allah, makbulkan niat hamba-Mu ini! Aamiiinn.


Sekian saja untuk hari nie. I'm better go now. Ppyong! Kalu rajin, tolong klik SINI okay. Aku sangat sangat hargai kalu korang dapat tolong klik link tu. Tunggu sampai habis loading ye, habis loading je boleh terus pangkah! Gomawo chingu!

No comments:

Post a Comment