Wednesday 25 July 2012

Tips kejutkan orang bangun sahur

TIPS KEJUTKAN ORG BANGUN SAHUR yg agak MENCABAR hihi
khas utk org yg liat bangun sahur...

1. Pegang anak jari kiri atau kanan sambil memanggil nama dia perlahan2
2. Sentuh bahu orang yang tidur tu dan goyangkan perlahan lahan sambil panggil nama dia...
3. Renjis air kat muka dia...
4. Tampar tampar manja pipi dia..
5. Tutup kipas/air cond

Tapi kalau still tak ada effect,

1. Jerit nama dia sekuat hati...
2. Gigit ibu jari kaki dia, macam hantu toyol gigit
3. Simbah air sebaldi, kalau boleh air rendam baju dalam dan stokin busuk korang
4. Tarik rambut dia sampai jatuh dari tilam
5. Goyang badan dia kuat - kuat dan jerit 'tsunami!' tsunami!

Tapi kalau still tak ada effect gak,

1. Pergi kat telinga dia...then sebut maa rabbuka! sambil seru nama dia banyak - banyak kali...
2. Pergi dekat dengan dia dan baca je surah Yaasin!

Tapi kalau still tak ada effect gak...Ni je la cara terakhir

1. Panggil je orang masjid atau surau untuk uruskan...kerana Tuhan lebih menyayanginya...Innalillahi wa inna ilaihi roji un...

Hahaa, aku paling suka cara yg baca Yaasin dekat dia tu. Panggil kawan beramai-2 dan duduk keliling dia sambil baca Yaasin. Biar bila dia tersedar tu panik sekejap kenapa orang baca Yaasin dekat dia.

So, sape-2 yang duduk kat asrama tu pun boleh usik kawan bila waktu sahur pagi esok ye!

2 comments:

  1. pernh buat yg bce yassin tu .. tp xde la ramai2.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe, mesti terkejut kawan yg tgh tido tu kan..

      Delete